August 17, 2009

Kemerdekaan

August 17, 2009 2
Tanggal 31 Ogos bakal tiba lagi. Tarikh keramat bagi setiap warganegara Malaysia yang bebas dari penjajahan penjajah negara. Tetapi benarkah kita sebagai warganegara yang didalam negara demokrasi ini merdeka? Aku sendiri tidak memahami..

Kita pelajari pelbagai fakta-fakta yang mendorong kepada kemerdekaan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang negara kita yang menuntut kemerdekaan. Alangkah bagusnya jika kita anak-anak Malaysia generasi baru ini turut memahami maksud sebenarnya..

Aku tahu, aku jua masih tidak memahami erti kemerdekaan.. Tetapi aku tetap akan cuba untuk menjiwainya, supaya aku tidak alpa dan lalai terhadapnya. Kemerdekaan bukan setakat laungan, bukan setakat kibaran, dan bukan setakat perbarisan. Tetapi makna "KEMERDEKAAN" yang perlu di amati oleh kita, generasi pelapis negara.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-52.

August 3, 2009

M.A.N.U.S.I.A. ?

August 3, 2009 0
Aku tidak pasti dengan apa sebenarnya yang berlaku kepada diriku sekarang ini. Seolah-olah tidak sempurna kehidupanku. Aku sentiasa ingin memperbaiki diriku ini tetapi masih lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh semuanya. Kenapa semua yang aku lakukan asik tidak menepati apa yang mereka harapkan? Aku tidak mengerti mengenai kehidupan. Aku telah cuba dengan sedaya upaya dan sehabis baik untuk memberikan input yang sempurna kepada mereka. Tetapi masih tidak mencapai jua pada tahap yang sedemikian. Aku curahkan sehingga ke titisan yang terakihir, tetapi mengapa? Mengapa aku harus jua menitiskan air mata kerana gagal untuk membuat sehabis baik? Apa yang terjad? Apa yang berlaku? Apa masalahnya? Adakah kerana aku hanyalah dalam golongan kelas bawahan tidak seperti mereka? Adakah aku tidak setaraf dengan mereka yang juga bergelar manusia? Aku memang tidak faham akan kehidupan sebegini. Aku sentiasa berada dibelakang bayangan mereka. masih tidak boleh bergerak seringan, aku sering kali diperlekehkan, dimarahi, di hina dan di keji. Aku tahu aku hanya insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa seperti mereka. pangkat, wang, kuasa dan minda. Aku bukan di kelas yang pertama mahupun bukan di kelas yang kedua. mungkin aku masih tidak lagi sempurna untuk bergelar manusia seperti mereka.
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates