Apakah perbezaan antara setiap frasa ayat diatas?. Maknanya tetap sama jika diambil dari kaca mata manusia. tetapi setiap fasa kata mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Mari kita lihat satu persatu.
Rakan
Rakan adalah seorang insan yang kita kenali dalam sedetik masa sahaja. Hanya teman berbicara pabila kita berjumpa secara tidak sengaja. Perbualan dan juga perhubungan antara rakan ini akan tamat pabila habis perbualan. Maka rakan boleh diklasifikasi sebagai perhubungan sementara atau singkat.
Rakan adalah seorang insan yang kita kenali dalam sedetik masa sahaja. Hanya teman berbicara pabila kita berjumpa secara tidak sengaja. Perbualan dan juga perhubungan antara rakan ini akan tamat pabila habis perbualan. Maka rakan boleh diklasifikasi sebagai perhubungan sementara atau singkat.
Kawan
Kawan adalah seorang insan yang kita telah kenali sebelum ini dan sering berjumpa. Tahap perbualan dan perhubungan menjadi kuat sedikit daripada rakan kerana seringkali berjumpa. Kita boleh berkongsi masalah, luahan perasaan kepada mereka, tetapi kita mungkin kehilangan mereka atas sebab-sebab putus hubungan, masalah peribadi dan sebagainya. Ia boleh diklasifikasikan sebagai perhubungan kekal tetapi tidak selamanya.
Sahabat
Sahabat adalah seorang insan yang memang kita kenali secara zahirnya. Kenali mereka dengan mendalam, personalitinya,perangainya, caranya, keluarganya, dan pelbagai lagi aspek yang kita kenali. Tahap perhubungan dalam kelas ini memang bagai tiada sempadan, adakala mereka dianggap lebih rapat daripada ahli keluarga. Berkongsi apa sahaja yang boleh, dari masalah, luahan perasaan, berkongsi suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama. Mereka bagaikan pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Kelas ini boleh diklasifikasikan sebagai perhubungan yang amat kekal dan boleh dianggap selamanya.
Teman
Teman adalah sebaik-baik dalam perhubungan, teman ini memang kita kenali sejak dari kita dipertemukan. Dua hati menjadi satu. Berkongsi apa yang perlu malahan kasih sayang juga diletakkan didalam perhubungan ini. Tetapi ditahap ini, pertaruhan menjadi teman adalah sukar, sukar untuk menjaga hati kerana kita seringkali akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Dalam meniti alur jalinan perhubungan, pelbagai liku cabaran harus ditempuhi. Kadang-kadang ada yang tewas di awalnya, tengah, mahupun dipenghujung. Hanya kegagahan diri dan hati menjadi kekuatan dalam diri untuk kita teguh berdiri.
Tetapi semua di atas tidak dapat mengatasi perhubungan dengan Allah SWT. Kerana Dia satu-satunya yang kita perlu dekatkan diri dan mengenaliNya. Allah Yang Maha Esa. KepadaNya kita berserah, KepadaNya kita berdoa..
"Ya-Allah, tabahkanlah diriku dalam merentasi hari-hari yang penuh dengan liku-liku kehidupan yang Engkau berikan kepada ku Ya-Allah. Kuatkanlah semangatku, sabarkanlah hatiku, teguhkanlah iman ku, rapatkanlah hatiku denganMu Ya Allah Yang Maha Berkuasa" Amin Ya-Rabbal Alamin.."