Aku tidak tahu apa yang aku perlu isi dalam ruangan ini.. tiada idea untukku curahkan didalamnya.. mungkin ini hanya tempatku meluahkan isi hati yang terbuku, untukku menceritakan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang aku lalui.. entahlah.. semuanya berlaku secara tiba-tiba.. kehilangan ahli keluarga, tamatnya kontrak kerja yang tinggal berapa hari lagi.. yang tak tahu mana hujung pangkalnya.. dengan pelbagai lagi masalah dan dugaan yang melanda diri ini.. Arghhh!!.. kadang-kadang aku ingin memberontak dan mengatakan apa yang berlaku ini?.. kenapa aku perlu laluinya. tetapi bila difikirkan semula dan ditambah dengan apa yang telah dinasihati oleh ibu kesayanganku.. Allah tidak akan memberi cabaran dan dugaan pada hamba-Nya jika hamba-Nya itu tidak mampu melakukannya.. kita harus kuat dan sentiasa bersemangat, tidak harus mengalah..
Jika aku mengalah sekarang.. maknanya sia-sia apa yang aku usahakan selama ini.. Ingat!!.. Semua perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat.. diikuti dengan doa dan penuh tawaduk pada Allah SWT.. Insya'Allah...

0 comments:
Post a Comment