February 16, 2009

Tinggalnya kenangan..

February 16, 2009
Assalamualaikum,

Pada tanggal 9 Februari 2009, tepat pada jam 8.40 malam, hilangnya permata yang sentiasa bersinar dalam hidup kami sekeluarga.. kami dikejutkan dengan panggilan dari pakusu yang mengatakan bahawa Pakngah kami, Ali Bin Dagang/Aminah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Tinggal sekujur tubuh yang kaku, aku dan keluarga bagaikan tersentap dengan berita yang diterima.. Air mata mula mengalir dan mengenangkan arwah yang telah pergi menghadap Illahi.. Al-Fatihah kepada Arwah Ali Bin Dagang/Aminah..

Arwah Pakngah ku amat banyak menabur budi pada kami sekeluarga dan pada aku khususnya.. Dia amat prihatin terhadap keluarga ku kerana kami semua adalah sekeluarga.. Semasa pengajian Diploma ku, dia lah yang banyak membantu dalam urusan kewangan hingga aku terasa bagai tiada apa yang aku boleh lakukan untuk membalas semua jasa-jasa dan budinya yang telah membantu diri ku selama ini.. Hanya doa yang dapat ku berikan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari yang Maha Esa, Insya'allah..

Arwah pakngah ku meninggal kerana menghidapi masalah kanser usus.. memang tidak disangka-sangka bahawa dia telah pergi meninggalkan kami semua.. Dia telah dimasukkan ke wad di Hospital Segamat pada 4 Februari 2009 pada jam 11.00 malam dan pada 6 Februari 2009 dia telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru atas permintaannya sendiri.. Sampainya di HSA, JB, dia telah dikejarkan di bilik pembedahan untuk menjalani pembedahan ususnya. Pembedahan itu berlangsung selama 7 jam. Dan pada pagi keesokannya, alhamdulillah, dia telah selamat menjalani pembedahan dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi bagi pemerhatian doktor. Dan pada tanggal 9 Februari 2009, arwah pakngah ku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...

"Ya Allah, rahmati roh arwah Ali Bin Aminah, tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh, ampunkanlah segala dosa-dosa lalunya, sinarilah kuburnya dengan segala rahmatMu Ya Allah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin.."

0 comments:

 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates