Harapnya masih belum terlambat untuk ku ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-63 wahai ayahku, Ishak Bin Dagang. Aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik dan taat. Aku banyak melakukan salah dan silap tetapi dia masih menerima diriku ini dengan hati yang terbuka. Walaupun secara zahirnya pendapat kami sering tidak sehaluan tetapi diri ini tetap menghormati dan menyayangi dirinya sepenuh hati kerana walau apa pun dikau tetap seorang insan yang amat berjasa bergelar "AYAH". Dirimu tetap ku sangjungi dan ku sentiasa berdoa agar sihat sentiasa dan diharapkan agar dikau pulih daripada apa yang dialami..
Walau apa pun.. aku tetap berdoa kepada Allah Yang Maha Esa.. Rahmatilah beliau, ayahku Ishak Bin Dagang. Amin..
Walau apa pun.. aku tetap berdoa kepada Allah Yang Maha Esa.. Rahmatilah beliau, ayahku Ishak Bin Dagang. Amin..
Selamat Menyambut Hari Lahir Ke-63 Wahai Ayahku
Salam penuh keikhlasan dari anakmu..
0 comments:
Post a Comment