8 Mac 2009, aku dgn abol (ex-smkgs) membulatkan suara sumbang masing-masing utk pergi ke Melaka bagi melepaskan tahap keboringan masing-masing yang dah sampai ke tahap 90%. Mula-mula igt nk pegi ramai-ramai dgn ex-smkgs yg masih lagi bujang.. tapi at last.. tinggal ktorg dua jer.. huhu.. xpe laa.. dilayankan jua perantauan kami berdua ke kota warisan sejarah dunia itu. Ktorg start bertolak pada pkul 12.30 tghari. Melaui jalan segamat-tangkak dan kemudiannya berhenti di kisok petronas utk sesi bermain galah panjang di tepian toilet bersama nyonya tua (haha.. lawaknyer citer laa abol..) n lpas aku membeli air n sekotak dentyne, kami meneruskan petualang kami ke melaka.
Kami sampai ke melaka dalam anggan 1jam kemudian dan bayangkan.. kami menghala ke Bandar Hilir dengan tujuan untuk pergi ke Mahkota Parade. Yang memang tidak disangka-sangka bahawa jalan di sana telah banyak berubah dan ktorg dalam kereta selama 2 jam sambil mata melilau-lilau utk mencari tempat parking. (hampeh btol sistem parking die.. ari ahad pon nk kena byr?.. hampess). Akhirnya.. ktorg membuat ketupusan ehh.. silap.. keputusan tok memakir kereta kelisa yang kontot itu ke parkir di Mahkota Parade.. layan jer laa.. dari xde parking.. Seterusnya.. ktorg pergi laa menyerbu ke Dataran Pahlawan Megamall.. Sbb sebenarnya nk g ke melaka tu just nk g tgk wayang jer.. nk taw nape?.. np laa nk g jauh2 kan?.. sebabnya.. kat segamat neh xde wayang.. (budus nyer perancang bandar... tuttt~~). xpe laa.. dah sampai pon.. ape lagi.. ktorg layan carik tmpt makan.. lapo...
Then lpas abis menyental makanan yang dihidangkan sambil melihat pemandangan kat luar dataran pahlawan (time kaceh pade en. abol kerana membelanjai ku.. huhu pasni blanje lagi ek?..) ktorg pon pergi laa menuju ke tingkat atas skali tok tonton wayang.. (haa.. yg pasal wayang dah wat review pon kan.. tgk kat bwh lagi ek..). Lepas habis tgk movie tue.. ktorg pon pergi laa berjalan-jalan kat sekitar dataran pahlawan neh.. rupe2nye.. besar giler dataran pahlawan neh ek.. dgn constuction laen lagi.. perghh.. mmg laa superb.. yang menarik perhatian ktorg dari awalnya sampai kat sini sebenarnya ialah...(kat paragraph bwh ek?..)
hehe.. sambungan..
Menara Taming Sari. mmg agak menarik laa.. nie aku letak serba sket info yg aku dapat k..
"Menara Taming Sari secara rasminya memulakan operasinya pada 18hb April 2007, Menara ini terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. Kawasan yang terkenal sebagi kawasan tumpuan pelancong. Menara tinjau yang berketinggian 110 meter ini merupakan satu-satunya menara berputar yang menggunakan konsep 'gyro' di Malaysia. Nama menara ini adalah mengambil sempena nama keris lagenda Taming Sari yang digunakan oleh laksamana Melaka yang terkenal iaitu, Hang Tuah. Menara ini berkemampuan untuk memuatkan 66 penumpang pada satu masa.Mmg agak syok n menarik laa naik menara neh.. aku dgn abol dah pon menaiki dan mengalami pengalaman berada di paras ketinggian 110 meter dari paras laut.. dengan panorama yang menarik dan suasana bandar melaka yang di limpahi cahaya lampu.. memang agak menarik. kat bawah neh aku letak gambar-gambar yang aku sempat aku.. (mtk maaf laa kalo gambar xclear ek.. pakai camera hset jer.. thee..) anyway.. aku syorkan sape2 yang berminat.. leh laa gi melaka tok mengalami lagi pengalaman mcm nie..
Satu fakta yang menarik mengenai menara ini. Pada ketinggian 80 meter, anda akan dapat melihat panorama yang menarik, tempat bersejarah serta kepesatan pembangunan di sekitar Bandar Melaka."
0 comments:
Post a Comment