June 24, 2009

Lunch Hour @ Dusun

June 24, 2009 1
Pada jam 12.30 tengahari beberapa hari lalu.. kami beberapa org yg disertai oleh Kak Basa (Pemilik Dusun), Bob, Syarif, Din, Kak Misah n Saiful pergi merantau ke dusun untuk menikmati durian.. hehe, al-maklum lah.. dah penghujung bulan.. gaji lom masuk lagi nk beli durian.. terpaksa lah tidak memalukan diri meminta durian daripada Kak Basa. (Trime kasih yer kak..)

Sesampainye kami ke kawasan dusun.. kami terus menuju ke deretan pokok-pokok manggis yang berada sejengkal jer dari depan mata.. huhu ape lagi.. aku pon terus memulakan operasi memanjat pokok manggis.. (lame dah xbuat aktiviti memanjat neh) and disebabkan oleh pembesaran tubuh yang semakin meningkat neh.. menyukarkan bagi aku untuk memanjat dengan lebih tinggi lagi.. tp at least dapat laa juga merasa makan atas pokok manggis.. hehe.. Dah laa semua yang pergi ke dusun tue semuanya sihat wal-afiat.. haha.. tetapi nasib still lagi menyebelahi kami semua kerana ader sorang tu memang terer memanjat n badan die agak sesuai untuk aktiviti neh.. nak taw sape?.. jgn xpercaya.. Kak Misah yang menjadi tukang memanjat.. huhu.. xcaye?.. tgk gambar neh..

"kak misah tengah menjalankan aktiviti memanjat pokok manggis.. terer woo!!.."

"aku saje2 nk interframe gak.. di atas pokok manggis setelah memakannya di atas pokok.. hehe.."

Selepas daripada aktiviti tersebut, kami semua menerjah kepada buah durian yang telah di kumpul pada awal ketibaan tadi.. hehe.. ape lagi.. aktiviti mengopek durian dan sesi melantak durian tahap ke-19. huhu.. memang best.. dah laa makan durian kat dusun.. redup jer sebab rimbunan pokok-pokok di dusun itu.. owh.. indahnyer keadaan.. nk wat camne.. org xde dusun mcm tue.. haha... org yang paling kuat makan durian.. hehe.. tgk gambar dibawah..


"org yg keje melantak durian.. kopek xnak.. makan jer lebih.. ish..."

"tgk muke mamat neh.. hantu durian.. xsenonoh btol.. haha.."

hehe.. best kan?.. lepas dari sesi melantak durian, kitorg pon meneruskan misi mengambil buah manggis.. sebab ape?.. perghh.. dah laa melantak durian.. panas.. confirm laa nk carik buah-buahan yg boleh menyejukkan badan kami.. huhu... ape lagi.. tgk laa.. gambo org yg xleh nk panjat pokok manggis.. haha.. kesian..

"bob yg tidak kesampaian untuk memanjat.. haha.."

sesudah aktiviti-aktiviti tersebut.. kami mengumpulkan sedikit buah-buahan tersebut untuk dibawa ke opis semula.. kang ader gak yang kempunan xdapat makan durian n manggis.. susah nnt.. haha.. soo sebelum sampai ke opis.. ktorg singgah kat Chanis tok makan tengahari pada jam 2.30 petang.. ader ke makan durian dulu pastu baru makan nasi??.. amik korang semua.. termasuk aku.. haha..

THE END

June 21, 2009

B. A. P. A

June 21, 2009 1
Bapa..

Terlalu besar makna perkataan itu, terlalu berat tanggungjawab yang perlu dipikul, terlalu mahal pengorbanan yang terpaksa di lakukan untuk bergelar sebagai seorang Bapa. Aku terkesima dengan keberanian, kekebalan, kekuatan, dan segalanya daripada seorang yang bergelar bapa. Sanggup melakukan apa sahaja demi anak dan keluarganya. Pengorbanan yang dilakukan demi ahli keluarga yang ditanggung olehnya. Tiada apa jua di dalam dunia ini dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dialah wira dan dialah segalanya.. Dialah.. B.A.P.A

"SELAMAT HARI BAPA"

June 20, 2009

Kosong.. Pt.2

June 20, 2009 1
Kenapa mesti ada perasaan seperti ini? Kenapa mesti berlakunya seperti sedemikian rupa? Pelbagai masalah dan situasi yang berlaku terhadap diri ini. Kenapa aku yang hidup dimuka bumi Allah yang indah ini perlu menghadapi saat-saat seperti ini dalam kehidupan seharian? Mengapa? Sudah jatuh seperti ditimpa tangga. Pelbagai masalah dilalui dalam kehidupan. Kehilangan orang-orang yang disayangi, kehilangan teman-teman seperjuangan, adakah ini berlaku kerana kesilapan pada diri sendiri? Aku masih tidak tahu. Aku masih tidak mengerti. Kenapa semua ini berlaku kepada diriku. Sehingga merasa kosong dalam diri ini. Kosong yang tiada penghujung. Walaupun masih mempunyai ahli keluarga yang menyayangi diri ini, tetapi perasaan kosong ini masih lagi menghantui diri ini. Apa yang sedang berlaku?.

Berikanku petunjuk dan hidayah agar aku dapat menyelesaikan teka-teki yang masih bermain di benak fikiranku ini, Ya-Allah tolonglah hamba-Mu ini. Tunjukkan aku jalan yang mana harus aku pilih dan tempuhi, agar aku tidak lagi merasai kekosongan akibat daripada kelalaian diriku sendiri.

June 13, 2009

Memasak Lagi?..

June 13, 2009 1
haha.. lawaknyer ayat itew.. aku memasak lagi?.. adakah ini sudah menjadi salah satu daripada minatku yang lain?..
blogger-emoticon.blogspot.com
ini membuktikan aku jua reti memasak.. hehe..

menu pada hari ini adalah... jeng..jeng..jeng!!...

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Sausage Roll With Cheese Filled


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Macaroni with Bolognese Sauce


p/s - for along.. zali pon leh masak gak!!.. hohoho... blogger-emoticon.blogspot.com

June 9, 2009

Mikhail

June 9, 2009 0
Sebuah karya yang amat hebat dan disanjung, Ramlee Awang Murshid. Novel thriller terbarunya, MIKHAIL, Bukan Sekadar Nama. Novel ini memaparkan watak utamanya, Mikhail seorang pembunuh profesional yang memburu sasarannya untuk tujuan membalas dendam. Tetapi apabila pemburu menjadi mangsa, siapa yang membaham siapa?. Karya nukilan RAM, amat menakjubkan.

Mikhail, selepas 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, akhirnya, dia muncul kembali untuk memburu mangsa-mangsanya. Dia memburu kerana dendam lama kerana sewaktu remaja, ahli keluarganya semua ditembak mati. Diselamatkan oleh Dickens, warga Amerika Syarikat yang merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens merupakan nama yang melatih Mikhail untuk menjadi pembunuh profesional untuk membela kematian ahli keluarganya. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal yang membawanya ke satu dimensi yang tidak diketahui apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan cahaya yang terang. Kadangkala, dia terperangakap dalam dua dimensi; fantasi dan realiti.

Novel yang memaparkan agenda-agenda yang dipengaruhi wang. Wang menunjukkan simbol kuasa. Sarat dengan pelbagai aksi serta situasi yang amat cemas. Antara yang menarik dalam novel ini adalah mengenai wang satu dollar Amerika yang mempunyai simbol Annuit Coeptis. Tahniah!! kepada Ramlee Awang Murshid atas nukilan novel MIKHAIL. Syabas kerana dapat menghasilkan novel yang sungguh Menakjubkan!!.

Karya yang HEBAT dan MENAKJUBKAN.. Diberikan 10 Bintang kepada novel ini dan di sarankan pada semua pembaca blog ini agar membeli novel ini.. Pasti anda akan meminatinya..

Meniti Maut

Meniti Maut. Hasil nukilan daripada Eyman Hykal. Sebuah novel aksi pertama yang memaparkan watak utama, Fariz Zafar sebagai ejen BISIK atau Biro Risikan Negara yang sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya dalam kariernya. Tugasnya bermula apabila BISIK telah mengenalpasti kehadiran EHM (Economic Hitman) ke Malaysia. Dia ditugaskan oleh ketuanya, Tuan Aziz sebagai pemandu kepada Tan Sri Daud, seorang majikan yang baik hati yang mempunyai anak perempuan bernama Faryna, seorang yang agak cengis perwatakan.

Pada peringkat yang kemudian, ia membawa kepada kemunculan watak-watak yang lain seperti Bruce McCallum; seorang EHM, Tobias; seorang Jackal (Pembunuh Upahan), Khaleed dan adiknya, Khalid. Dengan memaparkan perihal isu-isu semasa seperti pergolakan ekonomi dunia oleh negara barat yang membawa slogan kolonialis Gold, Gospel and Glory, perperangan dunia, perjuangan Jemaah Intifada Sedunia (JIS) untuk memperjuangkan agama Islam, secara tidak langsung, ia membuka minda dan diri kita dengan gambaran situasi dunia yang dihadapi sekarang.
SINOPSIS MENITI MAUT
GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan.BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti.

Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini. Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang!

MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
Apa yang boleh dikatakan adalah, novel Meniti Maut ini amat HEBAT. Tahniah!! kepada penulis, Eyman Hykal kerana dapat menghasilkan satu karya yang amat menarik sekali. Kepada pembaca blog ini, harus di war-warkan agar membeli dan membaca novel ini.

Membaca Kembali..

Aku kembali semula kepada hobi ku dimasa lapang sewaktu di kolej dahulu.. iaitu membaca novel. Tapi bukan sebarang novel yang aku akan baca.. nyata sekali bukan menjerumuskan ke dalam novel-novel yang berunsurkan romantik dan cinta.. ada jua yang ku baca.. tetapi jarang..

Ada beberapa novel telah ku beli pada minggu lepas selepas berkesempatan bersinggah di MPH Bookstore di Alamanda. Ulasan tentang novel-novel yang telah ku baca akan diberikan sebentar sahaja lagi.. Sabar ya?!..

Apa-apa pun.. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini..

Berakhirnya..

Akhirnya.. setelah lama bergelumang.. maka berakhirlah ia.. biarkan kegembiraan yang berlalu sebagai kenangan hidup dan biarkan kesedihan yang berkesudahan ini sebagai titik tolak untuk jadi yang lebih baik..

Berakhirlah ia dengan tenang walaupun ia mengundang segala kekesalan dan kerugian dalam diri ini.. harapnya sinar akan terus menyinari diri ini dengan limpahan cahaya dan nur dari Allah Yang Maha Esa..

Amin..

June 8, 2009

Onion Emoticon@EPC

June 8, 2009 2
Huhu.. berdasarkan tajuk diatas, disertakan emoticon-emoticon yang sesuai dengan orang-orang di pejabat ku ini.. haha.. jgn marah!!.. (hanyalah untuk seronok semata-mata.. tiada kena mengena dengan hidup mahupun mati..)

kak fara = blogger-emoticon.blogspot.com bla..bla..bla..
jumad =
blogger-emoticon.blogspot.com jampi bah..
aida =
blogger-emoticon.blogspot.com ermm.. nape ek?
bob
= blogger-emoticon.blogspot.com panda yg ingin slim..
sarip
= blogger-emoticon.blogspot.com geramm@grrrr??..
daus
= blogger-emoticon.blogspot.com mikrob/0.124 = tido..
budin = blogger-emoticon.blogspot.com athletic??..
kak misah
= blogger-emoticon.blogspot.com serba boleh??..
kacip
= blogger-emoticon.blogspot.com perasan best?..
jali@me! = blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com aku tetap aku!!..
sepul = blogger-emoticon.blogspot.com gatai n gedikz..
kiyoi = blogger-emoticon.blogspot.com kuat korek tut..
chae
= blogger-emoticon.blogspot.com sket2 gelak..
kak basa = blogger-emoticon.blogspot.com blurr...
lan = blogger-emoticon.blogspot.com double triple blur..

Aku Memasak?..

Tanggungjawab telah bertukar arah.. selepas menghantar mama ke rumah kakak di Shah Alam, aku telah memikul tanggungjawab untuk menguruskan rumah.. haha.. aku ke?..
blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com
mungkin ya atau mungkin tidak.. tetapi.. tanggungjawab tetap tanggungjawab.. aku harini memasak.. menu pada hari ini adalah... jeng..jeng..jeng..


blogger-emoticon.blogspot.com AYAM MASAK MADU... blogger-emoticon.blogspot.com

hehe.. time kaceh pada mama sebab bagi menu neh... muaxx..
aku memasak!!.. haha!!.. sedap woo.. rugi x makan..


Kembali..

Akhirnya..
setelah lama tidak menulis.. diri ini kembali semula ke dunia maya ini dengan menaip dalam blog ini. Setelah dikerah tenaga dan kudrat diri ini selama sebulan lebih.. diseksa jiwa dan raga dalam pekerjaan dan pelbagai lagi dugaan-dugaan dalam kehidupan ini. akhirnya aku kembali ke sini selepas bertapa sedemikan lama..

blogger-emoticon.blogspot.com

AKU KEMBALI!!.. yeah!!..
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates