June 9, 2009

Meniti Maut

June 9, 2009
Meniti Maut. Hasil nukilan daripada Eyman Hykal. Sebuah novel aksi pertama yang memaparkan watak utama, Fariz Zafar sebagai ejen BISIK atau Biro Risikan Negara yang sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya dalam kariernya. Tugasnya bermula apabila BISIK telah mengenalpasti kehadiran EHM (Economic Hitman) ke Malaysia. Dia ditugaskan oleh ketuanya, Tuan Aziz sebagai pemandu kepada Tan Sri Daud, seorang majikan yang baik hati yang mempunyai anak perempuan bernama Faryna, seorang yang agak cengis perwatakan.

Pada peringkat yang kemudian, ia membawa kepada kemunculan watak-watak yang lain seperti Bruce McCallum; seorang EHM, Tobias; seorang Jackal (Pembunuh Upahan), Khaleed dan adiknya, Khalid. Dengan memaparkan perihal isu-isu semasa seperti pergolakan ekonomi dunia oleh negara barat yang membawa slogan kolonialis Gold, Gospel and Glory, perperangan dunia, perjuangan Jemaah Intifada Sedunia (JIS) untuk memperjuangkan agama Islam, secara tidak langsung, ia membuka minda dan diri kita dengan gambaran situasi dunia yang dihadapi sekarang.
SINOPSIS MENITI MAUT
GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan.BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti.

Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini. Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang!

MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
Apa yang boleh dikatakan adalah, novel Meniti Maut ini amat HEBAT. Tahniah!! kepada penulis, Eyman Hykal kerana dapat menghasilkan satu karya yang amat menarik sekali. Kepada pembaca blog ini, harus di war-warkan agar membeli dan membaca novel ini.

0 comments:

 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates