November 23, 2009

Detik 26

November 23, 2009
Detik 23 November 1983, aku dilahirkan di muka bumi Allah Yang Maha Esa.. Detik itu jua yang memberikan sinar harapan dan kebahagiaan daripada kedua ibu bapaku.. Di situ terletaknya harapan dan cita-cita mereka ingin melihat anaknya ini berjaya..

Dan pada detik tarikh hari ini, 23 November 2009.. Aku telah meningkat ke usia ke-26.. aku hanya boleh memanjatkan doa kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi aku nafas untuk aku lalui detik ke 26 ini.. Terima kasih juga kepada kedua mama dan ayah kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang dan didikan yang telah diberikan..

Pada detik 26 ini.. akan ku cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan yang wujud dalam diriku.. aku hanya insan biasa.. tetapi daripada insan biasa, akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik jua.. Insya'allah..

0 comments:

 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates