Kata-kata yang selalu di ucapkan oleh mama.. "kadang-kadang kita perlu lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.." oleh kerana kata-kata mama, aku membuat keputusan untuk melepaskan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharianku.. Aku terpaksa berbuat sedemikian atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..
Aku terpaksa melepaskan kereta pertamaku.. sejak aku mendapat lesen memandu.. aku terus menggunakan ia.. sampai ke satu tahap setelah empat tahun aku memilikinya dan menggunakannya untuk pergi ke mana jua destinasi yang aku tujui.. dialah penemanku.. dialah yang mendengar masalahku.. dialah tempat ku lepaskan segala kekusutan.. dialah jua yang membantuku dalam pekerjaanku seharian.. tetapi aku perlu melepaskannya.. JCR1066, kereta Proton Saga 1.5cc yang aku pandu.. Aku seringkali menaiki kenderaan itu.. dari Allahyarham datuk, kepada Ayah tercinta, pergi ke Kakak ku dan akhirnya aku memilikinya.. Telah ku jagai ia dengan baik.. telah ku pulihkan ia dengan segala kudrat dan kewangan yang aku miliki.. tetapi aku tetap perlu melepaskan ia pada satu keadaan dan situasi yang tidak dapat di elakkan..
Terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kenangan yang aku alami dan aku lalui dengan JCR1066.. Kenangan dengan keluarga ku amat banyak.. JCR1066 ialah kereta generasi keluarga ku.. tetapi akhirnya aku terpaksa menjualnya.. Aku berharap ia akan di jaga dengan baik dan kenangan yang dilalui akan di simpan menjadi kenangan yang indah di minda aku dan keluarga ku..
Dan ucapkan selamat datang kepada sesuatu yang baru..
0 comments:
Post a Comment