Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

December 22, 2009

Luahan

December 22, 2009 0
Tidak pasti dengan apa yang aku luahkan.. perasaan yang bercampur-baur.. hendak di marah, rasanya diri ini pun ada silapnya.. hendak di keji, diri sendiri pun ada kecelaannya.. hendak di benci, diri sendiri punyai kelemahannya.. Bagaimanakah aku hendak ekspresikan perasaan yang ingin aku luahkan ini?.. Seringkali terfikir dan terdetik dalam hatiku.. apakah yang sebenarnya ingin aku luahkan?..

Aku tahu diriku tidak sempurna.. tetapi ku tetap ingin menjadikan ia sempurna kerana aku di lahirkan sempurna secara zahirnya..

Aku cuma ingin menzahirkan kemaafan.. itulah luahan..

November 23, 2009

Detik 26

November 23, 2009 0
Detik 23 November 1983, aku dilahirkan di muka bumi Allah Yang Maha Esa.. Detik itu jua yang memberikan sinar harapan dan kebahagiaan daripada kedua ibu bapaku.. Di situ terletaknya harapan dan cita-cita mereka ingin melihat anaknya ini berjaya..

Dan pada detik tarikh hari ini, 23 November 2009.. Aku telah meningkat ke usia ke-26.. aku hanya boleh memanjatkan doa kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi aku nafas untuk aku lalui detik ke 26 ini.. Terima kasih juga kepada kedua mama dan ayah kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang dan didikan yang telah diberikan..

Pada detik 26 ini.. akan ku cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan yang wujud dalam diriku.. aku hanya insan biasa.. tetapi daripada insan biasa, akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik jua.. Insya'allah..

November 15, 2009

Melepaskan Sesuatu..

November 15, 2009 0
Kata-kata yang selalu di ucapkan oleh mama.. "kadang-kadang kita perlu lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.." oleh kerana kata-kata mama, aku membuat keputusan untuk melepaskan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharianku.. Aku terpaksa berbuat sedemikian atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..

Aku terpaksa melepaskan kereta pertamaku.. sejak aku mendapat lesen memandu.. aku terus menggunakan ia.. sampai ke satu tahap setelah empat tahun aku memilikinya dan menggunakannya untuk pergi ke mana jua destinasi yang aku tujui.. dialah penemanku.. dialah yang mendengar masalahku.. dialah tempat ku lepaskan segala kekusutan.. dialah jua yang membantuku dalam pekerjaanku seharian.. tetapi aku perlu melepaskannya.. JCR1066, kereta Proton Saga 1.5cc yang aku pandu.. Aku seringkali menaiki kenderaan itu.. dari Allahyarham datuk, kepada Ayah tercinta, pergi ke Kakak ku dan akhirnya aku memilikinya.. Telah ku jagai ia dengan baik.. telah ku pulihkan ia dengan segala kudrat dan kewangan yang aku miliki.. tetapi aku tetap perlu melepaskan ia pada satu keadaan dan situasi yang tidak dapat di elakkan..


Terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kenangan yang aku alami dan aku lalui dengan JCR1066.. Kenangan dengan keluarga ku amat banyak.. JCR1066 ialah kereta generasi keluarga ku.. tetapi akhirnya aku terpaksa menjualnya.. Aku berharap ia akan di jaga dengan baik dan kenangan yang dilalui akan di simpan menjadi kenangan yang indah di minda aku dan keluarga ku..

Dan ucapkan selamat datang kepada sesuatu yang baru..





August 17, 2009

Kemerdekaan

August 17, 2009 2
Tanggal 31 Ogos bakal tiba lagi. Tarikh keramat bagi setiap warganegara Malaysia yang bebas dari penjajahan penjajah negara. Tetapi benarkah kita sebagai warganegara yang didalam negara demokrasi ini merdeka? Aku sendiri tidak memahami..

Kita pelajari pelbagai fakta-fakta yang mendorong kepada kemerdekaan. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang negara kita yang menuntut kemerdekaan. Alangkah bagusnya jika kita anak-anak Malaysia generasi baru ini turut memahami maksud sebenarnya..

Aku tahu, aku jua masih tidak memahami erti kemerdekaan.. Tetapi aku tetap akan cuba untuk menjiwainya, supaya aku tidak alpa dan lalai terhadapnya. Kemerdekaan bukan setakat laungan, bukan setakat kibaran, dan bukan setakat perbarisan. Tetapi makna "KEMERDEKAAN" yang perlu di amati oleh kita, generasi pelapis negara.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-52.

July 20, 2009

Sesuatu

July 20, 2009 0
Aku tak faham kenapa mesti ada di antara manusia-manusia yang wujud didalam dunia ni suka nak meletakkan kesalahan ke atas orang lain walhal permasalahan tersebut tiada kena mengena dengan diri aku. Kenapa aku mesti terlibat sama? Why? Aku masih musykil dengan perkara yang berlaku pada minggu lalu. Aku dipersalahkan dan dikatakan terbabit dalam permasalahan yang berlaku.

Bukan silap aku, adakah aku dikatakan bersalah kerana membantu seseorang. Yang aku tahu sekrarang aku buntu, tak tahu ape nak diperkatakan lagi. Bila di tanya kenapa aku terlibat sama, masing-masing yang bersekongkol tidak memberikan reaksi. Memang aku tak faham dengan sifat manusia-manusia yang mempunyai perangai sebegini. Harapnya permasalahan ini dapat diselesaikan. Sebab aku sudah bosan dengan penat!!..

June 24, 2009

Lunch Hour @ Dusun

June 24, 2009 1
Pada jam 12.30 tengahari beberapa hari lalu.. kami beberapa org yg disertai oleh Kak Basa (Pemilik Dusun), Bob, Syarif, Din, Kak Misah n Saiful pergi merantau ke dusun untuk menikmati durian.. hehe, al-maklum lah.. dah penghujung bulan.. gaji lom masuk lagi nk beli durian.. terpaksa lah tidak memalukan diri meminta durian daripada Kak Basa. (Trime kasih yer kak..)

Sesampainye kami ke kawasan dusun.. kami terus menuju ke deretan pokok-pokok manggis yang berada sejengkal jer dari depan mata.. huhu ape lagi.. aku pon terus memulakan operasi memanjat pokok manggis.. (lame dah xbuat aktiviti memanjat neh) and disebabkan oleh pembesaran tubuh yang semakin meningkat neh.. menyukarkan bagi aku untuk memanjat dengan lebih tinggi lagi.. tp at least dapat laa juga merasa makan atas pokok manggis.. hehe.. Dah laa semua yang pergi ke dusun tue semuanya sihat wal-afiat.. haha.. tetapi nasib still lagi menyebelahi kami semua kerana ader sorang tu memang terer memanjat n badan die agak sesuai untuk aktiviti neh.. nak taw sape?.. jgn xpercaya.. Kak Misah yang menjadi tukang memanjat.. huhu.. xcaye?.. tgk gambar neh..

"kak misah tengah menjalankan aktiviti memanjat pokok manggis.. terer woo!!.."

"aku saje2 nk interframe gak.. di atas pokok manggis setelah memakannya di atas pokok.. hehe.."

Selepas daripada aktiviti tersebut, kami semua menerjah kepada buah durian yang telah di kumpul pada awal ketibaan tadi.. hehe.. ape lagi.. aktiviti mengopek durian dan sesi melantak durian tahap ke-19. huhu.. memang best.. dah laa makan durian kat dusun.. redup jer sebab rimbunan pokok-pokok di dusun itu.. owh.. indahnyer keadaan.. nk wat camne.. org xde dusun mcm tue.. haha... org yang paling kuat makan durian.. hehe.. tgk gambar dibawah..


"org yg keje melantak durian.. kopek xnak.. makan jer lebih.. ish..."

"tgk muke mamat neh.. hantu durian.. xsenonoh btol.. haha.."

hehe.. best kan?.. lepas dari sesi melantak durian, kitorg pon meneruskan misi mengambil buah manggis.. sebab ape?.. perghh.. dah laa melantak durian.. panas.. confirm laa nk carik buah-buahan yg boleh menyejukkan badan kami.. huhu... ape lagi.. tgk laa.. gambo org yg xleh nk panjat pokok manggis.. haha.. kesian..

"bob yg tidak kesampaian untuk memanjat.. haha.."

sesudah aktiviti-aktiviti tersebut.. kami mengumpulkan sedikit buah-buahan tersebut untuk dibawa ke opis semula.. kang ader gak yang kempunan xdapat makan durian n manggis.. susah nnt.. haha.. soo sebelum sampai ke opis.. ktorg singgah kat Chanis tok makan tengahari pada jam 2.30 petang.. ader ke makan durian dulu pastu baru makan nasi??.. amik korang semua.. termasuk aku.. haha..

THE END

June 21, 2009

B. A. P. A

June 21, 2009 1
Bapa..

Terlalu besar makna perkataan itu, terlalu berat tanggungjawab yang perlu dipikul, terlalu mahal pengorbanan yang terpaksa di lakukan untuk bergelar sebagai seorang Bapa. Aku terkesima dengan keberanian, kekebalan, kekuatan, dan segalanya daripada seorang yang bergelar bapa. Sanggup melakukan apa sahaja demi anak dan keluarganya. Pengorbanan yang dilakukan demi ahli keluarga yang ditanggung olehnya. Tiada apa jua di dalam dunia ini dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan olehnya. Dialah wira dan dialah segalanya.. Dialah.. B.A.P.A

"SELAMAT HARI BAPA"

June 20, 2009

Kosong.. Pt.2

June 20, 2009 1
Kenapa mesti ada perasaan seperti ini? Kenapa mesti berlakunya seperti sedemikian rupa? Pelbagai masalah dan situasi yang berlaku terhadap diri ini. Kenapa aku yang hidup dimuka bumi Allah yang indah ini perlu menghadapi saat-saat seperti ini dalam kehidupan seharian? Mengapa? Sudah jatuh seperti ditimpa tangga. Pelbagai masalah dilalui dalam kehidupan. Kehilangan orang-orang yang disayangi, kehilangan teman-teman seperjuangan, adakah ini berlaku kerana kesilapan pada diri sendiri? Aku masih tidak tahu. Aku masih tidak mengerti. Kenapa semua ini berlaku kepada diriku. Sehingga merasa kosong dalam diri ini. Kosong yang tiada penghujung. Walaupun masih mempunyai ahli keluarga yang menyayangi diri ini, tetapi perasaan kosong ini masih lagi menghantui diri ini. Apa yang sedang berlaku?.

Berikanku petunjuk dan hidayah agar aku dapat menyelesaikan teka-teki yang masih bermain di benak fikiranku ini, Ya-Allah tolonglah hamba-Mu ini. Tunjukkan aku jalan yang mana harus aku pilih dan tempuhi, agar aku tidak lagi merasai kekosongan akibat daripada kelalaian diriku sendiri.

June 13, 2009

Memasak Lagi?..

June 13, 2009 1
haha.. lawaknyer ayat itew.. aku memasak lagi?.. adakah ini sudah menjadi salah satu daripada minatku yang lain?..
blogger-emoticon.blogspot.com
ini membuktikan aku jua reti memasak.. hehe..

menu pada hari ini adalah... jeng..jeng..jeng!!...

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Sausage Roll With Cheese Filled


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Macaroni with Bolognese Sauce


p/s - for along.. zali pon leh masak gak!!.. hohoho... blogger-emoticon.blogspot.com

June 9, 2009

Berakhirnya..

June 9, 2009 0
Akhirnya.. setelah lama bergelumang.. maka berakhirlah ia.. biarkan kegembiraan yang berlalu sebagai kenangan hidup dan biarkan kesedihan yang berkesudahan ini sebagai titik tolak untuk jadi yang lebih baik..

Berakhirlah ia dengan tenang walaupun ia mengundang segala kekesalan dan kerugian dalam diri ini.. harapnya sinar akan terus menyinari diri ini dengan limpahan cahaya dan nur dari Allah Yang Maha Esa..

Amin..

June 8, 2009

Onion Emoticon@EPC

June 8, 2009 2
Huhu.. berdasarkan tajuk diatas, disertakan emoticon-emoticon yang sesuai dengan orang-orang di pejabat ku ini.. haha.. jgn marah!!.. (hanyalah untuk seronok semata-mata.. tiada kena mengena dengan hidup mahupun mati..)

kak fara = blogger-emoticon.blogspot.com bla..bla..bla..
jumad =
blogger-emoticon.blogspot.com jampi bah..
aida =
blogger-emoticon.blogspot.com ermm.. nape ek?
bob
= blogger-emoticon.blogspot.com panda yg ingin slim..
sarip
= blogger-emoticon.blogspot.com geramm@grrrr??..
daus
= blogger-emoticon.blogspot.com mikrob/0.124 = tido..
budin = blogger-emoticon.blogspot.com athletic??..
kak misah
= blogger-emoticon.blogspot.com serba boleh??..
kacip
= blogger-emoticon.blogspot.com perasan best?..
jali@me! = blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com aku tetap aku!!..
sepul = blogger-emoticon.blogspot.com gatai n gedikz..
kiyoi = blogger-emoticon.blogspot.com kuat korek tut..
chae
= blogger-emoticon.blogspot.com sket2 gelak..
kak basa = blogger-emoticon.blogspot.com blurr...
lan = blogger-emoticon.blogspot.com double triple blur..

Kembali..

Akhirnya..
setelah lama tidak menulis.. diri ini kembali semula ke dunia maya ini dengan menaip dalam blog ini. Setelah dikerah tenaga dan kudrat diri ini selama sebulan lebih.. diseksa jiwa dan raga dalam pekerjaan dan pelbagai lagi dugaan-dugaan dalam kehidupan ini. akhirnya aku kembali ke sini selepas bertapa sedemikan lama..

blogger-emoticon.blogspot.com

AKU KEMBALI!!.. yeah!!..

March 9, 2009

Kejadian 28 Februari

March 9, 2009 0
Pada tanggal 28 Februari yang lepas.. mmg adalah satu situasi yang agak "havoc n funny" yang aku alami.. 28 Februari tu adalah kenduri kahwin member sorg neh.. Faezal Ashraff dengan pasangannye Fatimah.. (sory laa geng xdpt g kenduri umah ima.. hehe) tepat jam 12.00 tengahari kami bertiga jejaka yg xkawin2 lagi neh (aku, jumad n syarif) memulakan perjalanan ke Felda Palong 6 untuk menghadiri ke majlis perkahwinan faezal neh.. (umah belah lelaki.. coz umah belah pompuan xdpt nk dtg.. hehe..)

Mula2 tu mcm was2 jer sbb ktorg pon jarang2 masuk kat Felda Palong neh.. nasib baik laa berbekalkan GPS yg ader kat dlm enset neh.. (nak riak kjap.. thee..) dapat laa sampai ke tempat kejadian.. opps.. silap.. tmpat yang nk ditujui.. ktorg neh sebenarnya menunggu ketibaan rombongan dari kl.. tp skali diorg dah smpai dulu.. huhu.. (pki gps pon tersesat gak.. jumad laa neh.. haha!.. ;p) akhirnya ktorg pon sampai laa umah si pengantin lelaki neh..

Ape lagi.. time serbu laa.. makan time!!.. hehe.. sambil2 borak2 dgn ex-staff EPC n dgn staff2 yg laen.. sme borak laa dgn suka hatinya.. hehe.. then mula laa dok tgk perarakan pengantin.. hehe.. yg agak lawak bagi aku laa nape laa pengantin pompuan dok kuar dari umah lelaki n nape plak laa pengantin lelaki neh dok sanggah umah orang laen?.. padahal wat kat umah die?.. pelik x?.. (hehe sory laa faezal kalo ko bace neh.. haha!!..) tp ape2 pon layan laa dok amik gambor pkai kamera org.. nk beli kamera sendiri xde duit.. huhu..

1st InterLude.. Gambar Kahwin Faezal n Fatimah feat. ktorg sme... thee..


ni laa gambar ktorg dgn pengantin.. gambar terakhir ktorg.. hope pasni jmpe lagi laa yer!.. tgk anak kak farah tue.. Ya Allah.. tembam pipi..

Selamat Pengantin Baru Faezal n Fatimah!..

ok.. yg pasal tue dah setel.. setelah salam2 dgn pengantin.. then dok bagi hadiah serta "kata-kata perangsang" pada pengantin basi hehe ;p n mengucapkan selamat jalan kerana itulah kalinya yg ktorg akan jumpa lagi coz cik mar telah berpindah ke MARDI n faezal plak dpt g ke Jbtn Pertanian.. Congrats to u all.. best of luck!.. ~~ soo lepas tu.. ktorg pon beralih laa plak pada parents pengantin.. pas salam keruk.. ktorg pon balik laa.. Alkisahnya bermula lah disini.. hehe.. (kali neh entry panjang sket taw.. hehe)

Ktorg bertiga neh.. perut dah kenyang n mmg mata pon dah mengantuk laa.. soo nk terus laa balik ke segamat n pulanglah ke pangkuan tilam masing2.. tetapi.. jeng..jeng..jeng.. mase tu ktorg on da way nk balik... ktorg dapat panggilan daripada mar yg mengatakan bahawasanya.. kereta yang dinaiki.. (keta kelisa turbo power abg edi) mengalami masalah.. soo ktorg neh pon dgn rela hatinya laa (walau rase dah ngantuk n panas sgt..) pergi laa pusing ke arah yg bertentangan untuk melihat kerosakan yang berlaku ke atas kereta tersebut.. nk dijadikan cerita lagi.. ktorg pon dapat laa berjumpa dgn si edi neh.. dah laa die sorg laki dlm keta tu.. bwk bini die (kak ern), bini org (mar) dgn anak dara org (kak anym).. keta diorg tu mengalami masalah overheat.. bahaya woo.. sbb diorg neh nk balik ke kl.. kalo bwk keta dgn kdaaan mcm tu mmg bahaya sgt laa.. soo ktorg yg mcm pandai pasal keta neh pon tolong laa tgk2 kan ape masalah yang berlaku.. rase2 mmg ader masalah bocor kat hose keta die.. (anggapan semata-mata jer) tp ape2 pon si edi neh dah laa menghubungi member die tok menghantar trak tunda n kereta gantian tok diorg bwk blk ke kl.. tp nk tunggu dua2 kenderaan nie sampai.. Ya Allah.. bukan maen punya laa lama.. jadinya.. ktorg tersadai laa kat tepi jalan neh berjam2 lamanya.. huhu.. nasib baik laa ader pondok bas.. dpt laa berteduh.. kalo x yg pompuannyer cair laa make-up n ktorg yg lelaki nyer nie.. mau basah ketiak.. hehe..
2nd InterLude dgn gambar2 tersadai.. hehe..

bergaya di perhentian bas..

boleh senyum2 lagi tengah2 panas..
tuan punya kereta rosak.. Abg Edi n Kak Ern
Penantian penuh kesabaran.. thee...
Bayangkan laa ktorg kena dok hampir 3 jam kat pondok bas neh.. tp enjoy gak laa.. sbb jmpe blk ex-staff.. berborak2 sambil mengimbas kenangan mase ktorg kerja dlu.. hehe.. lepas neh kasi pendek sket citer.. ktorg tunggu2 skali datang satu kereta yang tak dijangka2 sampai.. nk taw sape?.. hehe.. kereta mercedes hitam kepunyaan Dr. Osman Atil (Boss EPC) hehe.. ape lagi.. sme dok tergamam.. huhu.. (",) hehe.. tp xde ape2 pon jd.. sbb bos ktorg neh baik.. siap offer lagi tok tolong tgk2 kan kereta tue haa.. (ntah boleh, ntah x..) tp akhirnya.. sampai laa gak kereta yg dipinjamkan tue.. n masing2 sebulat suara tok berpatah balik semula ke rumah faezal untuk menunggu ketibaan trak tunda yang akan menunda kereta turbo yang maha power itu.. hehe..
3rd InterLude dengan gambar terakhir..

tgk tu haa.. mmg haus gler.. panas2... air tambah lagi..
gambar neh setelah ktorg selamat sampai ke rumah faezal.. tgk tue.. pengantin pon dah siap tukar uniform.. sme dah siap kemas.. ktorg leh singgah lagi... haha.. serbu air.. panas woo!... at last ktorg pon gerak laa balik ke segamat sbb urusan meneman miker2 sme dah pon selesai kerana diorg dok tunggu kat umah faezal.. huhu.. tp mmg laa satu hari yg xdpt nk dilupakan smpi bila2.. hehe.. klakar2.. tu laa kan.. ape2 pon nk jd.. xkan kira time nyer bila.. ader byk pengajaran yg tersirat kat sni.. pandai2 laa kt sme ambil iktibar yer?..

Wasslam..

February 16, 2009

Kosong..

February 16, 2009 0
Aku tidak tahu apa yang aku perlu isi dalam ruangan ini.. tiada idea untukku curahkan didalamnya.. mungkin ini hanya tempatku meluahkan isi hati yang terbuku, untukku menceritakan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang aku lalui.. entahlah.. semuanya berlaku secara tiba-tiba.. kehilangan ahli keluarga, tamatnya kontrak kerja yang tinggal berapa hari lagi.. yang tak tahu mana hujung pangkalnya.. dengan pelbagai lagi masalah dan dugaan yang melanda diri ini.. Arghhh!!.. kadang-kadang aku ingin memberontak dan mengatakan apa yang berlaku ini?.. kenapa aku perlu laluinya. tetapi bila difikirkan semula dan ditambah dengan apa yang telah dinasihati oleh ibu kesayanganku.. Allah tidak akan memberi cabaran dan dugaan pada hamba-Nya jika hamba-Nya itu tidak mampu melakukannya.. kita harus kuat dan sentiasa bersemangat, tidak harus mengalah..

Jika aku mengalah sekarang.. maknanya sia-sia apa yang aku usahakan selama ini.. Ingat!!.. Semua perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran dan semangat yang kuat.. diikuti dengan doa dan penuh tawaduk pada Allah SWT.. Insya'Allah...

Tinggalnya kenangan..

Assalamualaikum,

Pada tanggal 9 Februari 2009, tepat pada jam 8.40 malam, hilangnya permata yang sentiasa bersinar dalam hidup kami sekeluarga.. kami dikejutkan dengan panggilan dari pakusu yang mengatakan bahawa Pakngah kami, Ali Bin Dagang/Aminah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Tinggal sekujur tubuh yang kaku, aku dan keluarga bagaikan tersentap dengan berita yang diterima.. Air mata mula mengalir dan mengenangkan arwah yang telah pergi menghadap Illahi.. Al-Fatihah kepada Arwah Ali Bin Dagang/Aminah..

Arwah Pakngah ku amat banyak menabur budi pada kami sekeluarga dan pada aku khususnya.. Dia amat prihatin terhadap keluarga ku kerana kami semua adalah sekeluarga.. Semasa pengajian Diploma ku, dia lah yang banyak membantu dalam urusan kewangan hingga aku terasa bagai tiada apa yang aku boleh lakukan untuk membalas semua jasa-jasa dan budinya yang telah membantu diri ku selama ini.. Hanya doa yang dapat ku berikan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari yang Maha Esa, Insya'allah..

Arwah pakngah ku meninggal kerana menghidapi masalah kanser usus.. memang tidak disangka-sangka bahawa dia telah pergi meninggalkan kami semua.. Dia telah dimasukkan ke wad di Hospital Segamat pada 4 Februari 2009 pada jam 11.00 malam dan pada 6 Februari 2009 dia telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru atas permintaannya sendiri.. Sampainya di HSA, JB, dia telah dikejarkan di bilik pembedahan untuk menjalani pembedahan ususnya. Pembedahan itu berlangsung selama 7 jam. Dan pada pagi keesokannya, alhamdulillah, dia telah selamat menjalani pembedahan dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi bagi pemerhatian doktor. Dan pada tanggal 9 Februari 2009, arwah pakngah ku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...

"Ya Allah, rahmati roh arwah Ali Bin Aminah, tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh, ampunkanlah segala dosa-dosa lalunya, sinarilah kuburnya dengan segala rahmatMu Ya Allah... Amin Amin Ya Rabbal Alamin.."

January 16, 2009

Rakan, Kawan, Sahabat & Teman

January 16, 2009 0
Apakah perbezaan antara setiap frasa ayat diatas?. Maknanya tetap sama jika diambil dari kaca mata manusia. tetapi setiap fasa kata mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Mari kita lihat satu persatu.



Rakan
Rakan adalah seorang insan yang kita kenali dalam sedetik masa sahaja. Hanya teman berbicara pabila kita berjumpa secara tidak sengaja. Perbualan dan juga perhubungan antara rakan ini akan tamat pabila habis perbualan. Maka rakan boleh diklasifikasi sebagai perhubungan sementara atau singkat.

Kawan
Kawan adalah seorang insan yang kita telah kenali sebelum ini dan sering berjumpa. Tahap perbualan dan perhubungan menjadi kuat sedikit daripada rakan kerana seringkali berjumpa. Kita boleh berkongsi masalah, luahan perasaan kepada mereka, tetapi kita mungkin kehilangan mereka atas sebab-sebab putus hubungan, masalah peribadi dan sebagainya. Ia boleh diklasifikasikan sebagai perhubungan kekal tetapi tidak selamanya.

Sahabat
Sahabat adalah seorang insan yang memang kita kenali secara zahirnya. Kenali mereka dengan mendalam, personalitinya,perangainya, caranya, keluarganya, dan pelbagai lagi aspek yang kita kenali. Tahap perhubungan dalam kelas ini memang bagai tiada sempadan, adakala mereka dianggap lebih rapat daripada ahli keluarga. Berkongsi apa sahaja yang boleh, dari masalah, luahan perasaan, berkongsi suka dan duka, semuanya akan dikongsi bersama. Mereka bagaikan pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Kelas ini boleh diklasifikasikan sebagai perhubungan yang amat kekal dan boleh dianggap selamanya.

Teman
Teman adalah sebaik-baik dalam perhubungan, teman ini memang kita kenali sejak dari kita dipertemukan. Dua hati menjadi satu. Berkongsi apa yang perlu malahan kasih sayang juga diletakkan didalam perhubungan ini. Tetapi ditahap ini, pertaruhan menjadi teman adalah sukar, sukar untuk menjaga hati kerana kita seringkali akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Dalam meniti alur jalinan perhubungan, pelbagai liku cabaran harus ditempuhi. Kadang-kadang ada yang tewas di awalnya, tengah, mahupun dipenghujung. Hanya kegagahan diri dan hati menjadi kekuatan dalam diri untuk kita teguh berdiri.

Tetapi semua di atas tidak dapat mengatasi perhubungan dengan Allah SWT. Kerana Dia satu-satunya yang kita perlu dekatkan diri dan mengenaliNya. Allah Yang Maha Esa. KepadaNya kita berserah, KepadaNya kita berdoa..

"Ya-Allah, tabahkanlah diriku dalam merentasi hari-hari yang penuh dengan liku-liku kehidupan yang Engkau berikan kepada ku Ya-Allah. Kuatkanlah semangatku, sabarkanlah hatiku, teguhkanlah iman ku, rapatkanlah hatiku denganMu Ya Allah Yang Maha Berkuasa" Amin Ya-Rabbal Alamin.."

January 15, 2009

Keperitan Dalam Kehidupan?..

January 15, 2009 0
Sesungguhnya manusia memang diciptakan didunia nan fana ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Ia juga tidak lagi dengan pelbagai kesedihan, kemurungan, keperitan dalam kehidupan. Kita seringkali di uji dengan pelbagai ujian. Kesetiaan, kejujuran, kasih sayang, dan pelbagai lagi frasa kata yang boleh mengungkap seribu satu cabaran yang dilalui sehari-hari dalam kehidupan ini. Tapi apa yang perlu kita lakukan pabila kita terperangkap dalam situasi keperitan? kesakitan?. Frasa kata ini amat membuat seorang manusia itu sakit, sakit yang amat sangat. Frasa ini juga boleh membuat sesuatu perhubungan yang dibina sekian lama goyah, keakraban punah, kasih sayang hilang. Kenapa mesti kita menyakiti sesama sendiri? kenapa kita perlu hadapi semua ini? kenapa?. Ya Allah.. Kenapa setiap hambaMu ini perlu diuji sedemikian rupa?. Kenapa?...

Bagaimana dan apa yang harus kita lakukan apabila kita menghadapi situasi sedemikan rupa? Dan bagaimanakah kita perlu berusaha untuk lari atau keluar dari lingkaran keperitan, kesakitan dan semua yang terkandung didalamnya?. Apakah kita tidak akan mengulangi kesalahan yang kita sudah lakukan?. Kerana apa yang sudah dan telah terjadi memang tidak boleh di undurkan semula. Apa yang dah terjadi, telah pun terjadi. Jadi bagaimana untuk membuatnya agar ia tidak berulang semula sama atau lebih teruk daripada apa yang telah terjadi?. Apa yang perlu, insafi diri dan ingati keperitan yang telah dialami walau bukan kita yang mengalaminya.

Aku bukanlah seorang pakar motivasi. Tetapi berkata dari pengalaman diri yang telah dialami. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita dalam menghadapi kehidupan di muka bumiNya yang nan indah ini. Dari permulaan hingga ke hujungnya.. titik tanpa sebarang sempadan...

January 11, 2009

From Start Till The End

January 11, 2009 0
Finally, a blog that have been soo long to be published are now a bit operational that has been named as "From Start Till The End".. kenapa?.. why?.. hmm.. maybe dari permulaan sesuatu dan ianya akan berakhir dengan sesuatu.. it's a cycle of life.. everything that starts from the begining will always end's with finishing of something.. bermula sebuah kehidupan apabila roh ditiupkan ke dalam jasad maka lahirlah seorang insan yang bergelar manusia di bumi Allah SWT Yang Maha Esa menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT. dengan menjalankan pelbagai suruhan dan amal ibadat yang dituntut oleh agama serta menjalani pelbagai rintangan dan liku kehidupan yang dianggap dugaan dan cabaran. maka sebagai pengakhiran, roh kita di tarik semula dari jasad yang biasa kita duduki.. itulah pengakhiran sebuah kehidupan..

Blog ni bukan laa nk berlagak atas semua benda.. tp just nk berkongsi idea, ape2 jua bnda yang terlintas kat kepala.. ape2 aje.. psl life, techonogy, fashion, cars, travels, inlude eyerthing in ur life.. just says it.. semua leh kongsi.. hope pada semua.. bolehlah menyokong juga memberi sepotong dua komen2 yang dapat membuka minda kita dalam menjalani kehidupan ini..

Thanks!!...

-XaLieY-
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates