Showing posts with label Dayout. Show all posts
Showing posts with label Dayout. Show all posts

June 24, 2009

Lunch Hour @ Dusun

June 24, 2009 1
Pada jam 12.30 tengahari beberapa hari lalu.. kami beberapa org yg disertai oleh Kak Basa (Pemilik Dusun), Bob, Syarif, Din, Kak Misah n Saiful pergi merantau ke dusun untuk menikmati durian.. hehe, al-maklum lah.. dah penghujung bulan.. gaji lom masuk lagi nk beli durian.. terpaksa lah tidak memalukan diri meminta durian daripada Kak Basa. (Trime kasih yer kak..)

Sesampainye kami ke kawasan dusun.. kami terus menuju ke deretan pokok-pokok manggis yang berada sejengkal jer dari depan mata.. huhu ape lagi.. aku pon terus memulakan operasi memanjat pokok manggis.. (lame dah xbuat aktiviti memanjat neh) and disebabkan oleh pembesaran tubuh yang semakin meningkat neh.. menyukarkan bagi aku untuk memanjat dengan lebih tinggi lagi.. tp at least dapat laa juga merasa makan atas pokok manggis.. hehe.. Dah laa semua yang pergi ke dusun tue semuanya sihat wal-afiat.. haha.. tetapi nasib still lagi menyebelahi kami semua kerana ader sorang tu memang terer memanjat n badan die agak sesuai untuk aktiviti neh.. nak taw sape?.. jgn xpercaya.. Kak Misah yang menjadi tukang memanjat.. huhu.. xcaye?.. tgk gambar neh..

"kak misah tengah menjalankan aktiviti memanjat pokok manggis.. terer woo!!.."

"aku saje2 nk interframe gak.. di atas pokok manggis setelah memakannya di atas pokok.. hehe.."

Selepas daripada aktiviti tersebut, kami semua menerjah kepada buah durian yang telah di kumpul pada awal ketibaan tadi.. hehe.. ape lagi.. aktiviti mengopek durian dan sesi melantak durian tahap ke-19. huhu.. memang best.. dah laa makan durian kat dusun.. redup jer sebab rimbunan pokok-pokok di dusun itu.. owh.. indahnyer keadaan.. nk wat camne.. org xde dusun mcm tue.. haha... org yang paling kuat makan durian.. hehe.. tgk gambar dibawah..


"org yg keje melantak durian.. kopek xnak.. makan jer lebih.. ish..."

"tgk muke mamat neh.. hantu durian.. xsenonoh btol.. haha.."

hehe.. best kan?.. lepas dari sesi melantak durian, kitorg pon meneruskan misi mengambil buah manggis.. sebab ape?.. perghh.. dah laa melantak durian.. panas.. confirm laa nk carik buah-buahan yg boleh menyejukkan badan kami.. huhu... ape lagi.. tgk laa.. gambo org yg xleh nk panjat pokok manggis.. haha.. kesian..

"bob yg tidak kesampaian untuk memanjat.. haha.."

sesudah aktiviti-aktiviti tersebut.. kami mengumpulkan sedikit buah-buahan tersebut untuk dibawa ke opis semula.. kang ader gak yang kempunan xdapat makan durian n manggis.. susah nnt.. haha.. soo sebelum sampai ke opis.. ktorg singgah kat Chanis tok makan tengahari pada jam 2.30 petang.. ader ke makan durian dulu pastu baru makan nasi??.. amik korang semua.. termasuk aku.. haha..

THE END

March 11, 2009

Menara Taming Sari

March 11, 2009 0
8 Mac 2009, aku dgn abol (ex-smkgs) membulatkan suara sumbang masing-masing utk pergi ke Melaka bagi melepaskan tahap keboringan masing-masing yang dah sampai ke tahap 90%. Mula-mula igt nk pegi ramai-ramai dgn ex-smkgs yg masih lagi bujang.. tapi at last.. tinggal ktorg dua jer.. huhu.. xpe laa.. dilayankan jua perantauan kami berdua ke kota warisan sejarah dunia itu. Ktorg start bertolak pada pkul 12.30 tghari. Melaui jalan segamat-tangkak dan kemudiannya berhenti di kisok petronas utk sesi bermain galah panjang di tepian toilet bersama nyonya tua (haha.. lawaknyer citer laa abol..) n lpas aku membeli air n sekotak dentyne, kami meneruskan petualang kami ke melaka.

Kami sampai ke melaka dalam anggan 1jam kemudian dan bayangkan.. kami menghala ke Bandar Hilir dengan tujuan untuk pergi ke Mahkota Parade. Yang memang tidak disangka-sangka bahawa jalan di sana telah banyak berubah dan ktorg dalam kereta selama 2 jam sambil mata melilau-lilau utk mencari tempat parking. (hampeh btol sistem parking die.. ari ahad pon nk kena byr?.. hampess). Akhirnya.. ktorg membuat ketupusan ehh.. silap.. keputusan tok memakir kereta kelisa yang kontot itu ke parkir di Mahkota Parade.. layan jer laa.. dari xde parking.. Seterusnya.. ktorg pergi laa menyerbu ke Dataran Pahlawan Megamall.. Sbb sebenarnya nk g ke melaka tu just nk g tgk wayang jer.. nk taw nape?.. np laa nk g jauh2 kan?.. sebabnya.. kat segamat neh xde wayang.. (budus nyer perancang bandar... tuttt~~). xpe laa.. dah sampai pon.. ape lagi.. ktorg layan carik tmpt makan.. lapo...

Then lpas abis menyental makanan yang dihidangkan sambil melihat pemandangan kat luar dataran pahlawan (time kaceh pade en. abol kerana membelanjai ku.. huhu pasni blanje lagi ek?..) ktorg pon pergi laa menuju ke tingkat atas skali tok tonton wayang.. (haa.. yg pasal wayang dah wat review pon kan.. tgk kat bwh lagi ek..). Lepas habis tgk movie tue.. ktorg pon pergi laa berjalan-jalan kat sekitar dataran pahlawan neh.. rupe2nye.. besar giler dataran pahlawan neh ek.. dgn constuction laen lagi.. perghh.. mmg laa superb.. yang menarik perhatian ktorg dari awalnya sampai kat sini sebenarnya ialah...(kat paragraph bwh ek?..)

hehe.. sambungan..

Menara Taming Sari. mmg agak menarik laa.. nie aku letak serba sket info yg aku dapat k..

"Menara Taming Sari secara rasminya memulakan operasinya pada 18hb April 2007, Menara ini terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. Kawasan yang terkenal sebagi kawasan tumpuan pelancong. Menara tinjau yang berketinggian 110 meter ini merupakan satu-satunya menara berputar yang menggunakan konsep 'gyro' di Malaysia. Nama menara ini adalah mengambil sempena nama keris lagenda Taming Sari yang digunakan oleh laksamana Melaka yang terkenal iaitu, Hang Tuah. Menara ini berkemampuan untuk memuatkan 66 penumpang pada satu masa.

Satu fakta yang menarik mengenai menara ini. Pada ketinggian 80 meter, anda akan dapat melihat panorama yang menarik, tempat bersejarah serta kepesatan pembangunan di sekitar Bandar Melaka."
Mmg agak syok n menarik laa naik menara neh.. aku dgn abol dah pon menaiki dan mengalami pengalaman berada di paras ketinggian 110 meter dari paras laut.. dengan panorama yang menarik dan suasana bandar melaka yang di limpahi cahaya lampu.. memang agak menarik. kat bawah neh aku letak gambar-gambar yang aku sempat aku.. (mtk maaf laa kalo gambar xclear ek.. pakai camera hset jer.. thee..) anyway.. aku syorkan sape2 yang berminat.. leh laa gi melaka tok mengalami lagi pengalaman mcm nie..







Ok guys.. dat all for today entry k?.. ader ape2 yg menarik lagi nnt.. aku akan kongsi same lagi dlm blog nie k?..

x4liey.
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates