Showing posts with label Novel Review. Show all posts
Showing posts with label Novel Review. Show all posts

June 9, 2009

Mikhail

June 9, 2009 0
Sebuah karya yang amat hebat dan disanjung, Ramlee Awang Murshid. Novel thriller terbarunya, MIKHAIL, Bukan Sekadar Nama. Novel ini memaparkan watak utamanya, Mikhail seorang pembunuh profesional yang memburu sasarannya untuk tujuan membalas dendam. Tetapi apabila pemburu menjadi mangsa, siapa yang membaham siapa?. Karya nukilan RAM, amat menakjubkan.

Mikhail, selepas 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, akhirnya, dia muncul kembali untuk memburu mangsa-mangsanya. Dia memburu kerana dendam lama kerana sewaktu remaja, ahli keluarganya semua ditembak mati. Diselamatkan oleh Dickens, warga Amerika Syarikat yang merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens merupakan nama yang melatih Mikhail untuk menjadi pembunuh profesional untuk membela kematian ahli keluarganya. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal yang membawanya ke satu dimensi yang tidak diketahui apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan cahaya yang terang. Kadangkala, dia terperangakap dalam dua dimensi; fantasi dan realiti.

Novel yang memaparkan agenda-agenda yang dipengaruhi wang. Wang menunjukkan simbol kuasa. Sarat dengan pelbagai aksi serta situasi yang amat cemas. Antara yang menarik dalam novel ini adalah mengenai wang satu dollar Amerika yang mempunyai simbol Annuit Coeptis. Tahniah!! kepada Ramlee Awang Murshid atas nukilan novel MIKHAIL. Syabas kerana dapat menghasilkan novel yang sungguh Menakjubkan!!.

Karya yang HEBAT dan MENAKJUBKAN.. Diberikan 10 Bintang kepada novel ini dan di sarankan pada semua pembaca blog ini agar membeli novel ini.. Pasti anda akan meminatinya..

Meniti Maut

Meniti Maut. Hasil nukilan daripada Eyman Hykal. Sebuah novel aksi pertama yang memaparkan watak utama, Fariz Zafar sebagai ejen BISIK atau Biro Risikan Negara yang sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya dalam kariernya. Tugasnya bermula apabila BISIK telah mengenalpasti kehadiran EHM (Economic Hitman) ke Malaysia. Dia ditugaskan oleh ketuanya, Tuan Aziz sebagai pemandu kepada Tan Sri Daud, seorang majikan yang baik hati yang mempunyai anak perempuan bernama Faryna, seorang yang agak cengis perwatakan.

Pada peringkat yang kemudian, ia membawa kepada kemunculan watak-watak yang lain seperti Bruce McCallum; seorang EHM, Tobias; seorang Jackal (Pembunuh Upahan), Khaleed dan adiknya, Khalid. Dengan memaparkan perihal isu-isu semasa seperti pergolakan ekonomi dunia oleh negara barat yang membawa slogan kolonialis Gold, Gospel and Glory, perperangan dunia, perjuangan Jemaah Intifada Sedunia (JIS) untuk memperjuangkan agama Islam, secara tidak langsung, ia membuka minda dan diri kita dengan gambaran situasi dunia yang dihadapi sekarang.
SINOPSIS MENITI MAUT
GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.

Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan.BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti.

Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini. Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang!

MENITI MAUT ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
Apa yang boleh dikatakan adalah, novel Meniti Maut ini amat HEBAT. Tahniah!! kepada penulis, Eyman Hykal kerana dapat menghasilkan satu karya yang amat menarik sekali. Kepada pembaca blog ini, harus di war-warkan agar membeli dan membaca novel ini.

Membaca Kembali..

Aku kembali semula kepada hobi ku dimasa lapang sewaktu di kolej dahulu.. iaitu membaca novel. Tapi bukan sebarang novel yang aku akan baca.. nyata sekali bukan menjerumuskan ke dalam novel-novel yang berunsurkan romantik dan cinta.. ada jua yang ku baca.. tetapi jarang..

Ada beberapa novel telah ku beli pada minggu lepas selepas berkesempatan bersinggah di MPH Bookstore di Alamanda. Ulasan tentang novel-novel yang telah ku baca akan diberikan sebentar sahaja lagi.. Sabar ya?!..

Apa-apa pun.. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini..
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates ►