March 29, 2010

Black Ice

March 29, 2010 1
hehe.. just for the viewing pleasure.. the new look for Black Ice..




inilah kereta kesayangan aku..

Lama Menyepi..

Assalamualaikum,

agak lama jua aku menyepi.. dah lama sgt xde entry dlm blog aku neh.. hehe.. minta ampun dan maaf laa pada sapa2 yg menantikan ye?.. kerja yg makin menimbun n pelbagai ragam dan masalah yang melanda diri ini.. skrg alhamdulillah dah ok laa sket...

pelbagai dugaan dan cabaran yg aku lalui sepanjang awal tahun neh.. macam2 kalo nk citer.. jenuh nk menaip.. tp apa2 pon aku tetap memanjatkan kesyukuran aku ke hadrat Allah SWT kerana masih menyayangi diriku dan juga ahli keluarga aku..

1hb Mac adalah birthday ayah.. happy birthday ayah!!.. 20hb Mac adalah birthday Mama.. happy birthday mama!!.. hope mama happy dgn present yg diberikan.. alhamdulillah.. ader rezeki untuk kami satu family.. n 16hb Mac aritu.. buat tahun ke-5 aku sain kontrak aku dgn MPOB lagi.. xpe lah, walaupun kontrak.. aku tetap bersyukur sebab masih lagi ader keje n masih lagi leh dapat rezeki halal.. alhamdulillah n insya'allah... ape2 pon aku tetap bersyukur atas segalanya..

December 22, 2009

New Wedding Card Design

December 22, 2009 3
Salam,

Aku dapat request terbaru dari rakan sepejabat untuk design wedding card for his brother.. soo here is my simple design.. anyone care to comment?..


Luahan

Tidak pasti dengan apa yang aku luahkan.. perasaan yang bercampur-baur.. hendak di marah, rasanya diri ini pun ada silapnya.. hendak di keji, diri sendiri pun ada kecelaannya.. hendak di benci, diri sendiri punyai kelemahannya.. Bagaimanakah aku hendak ekspresikan perasaan yang ingin aku luahkan ini?.. Seringkali terfikir dan terdetik dalam hatiku.. apakah yang sebenarnya ingin aku luahkan?..

Aku tahu diriku tidak sempurna.. tetapi ku tetap ingin menjadikan ia sempurna kerana aku di lahirkan sempurna secara zahirnya..

Aku cuma ingin menzahirkan kemaafan.. itulah luahan..

November 23, 2009

Detik 26

November 23, 2009 0
Detik 23 November 1983, aku dilahirkan di muka bumi Allah Yang Maha Esa.. Detik itu jua yang memberikan sinar harapan dan kebahagiaan daripada kedua ibu bapaku.. Di situ terletaknya harapan dan cita-cita mereka ingin melihat anaknya ini berjaya..

Dan pada detik tarikh hari ini, 23 November 2009.. Aku telah meningkat ke usia ke-26.. aku hanya boleh memanjatkan doa kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi aku nafas untuk aku lalui detik ke 26 ini.. Terima kasih juga kepada kedua mama dan ayah kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang dan didikan yang telah diberikan..

Pada detik 26 ini.. akan ku cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan yang wujud dalam diriku.. aku hanya insan biasa.. tetapi daripada insan biasa, akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik jua.. Insya'allah..

November 15, 2009

Melepaskan Sesuatu..

November 15, 2009 0
Kata-kata yang selalu di ucapkan oleh mama.. "kadang-kadang kita perlu lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.." oleh kerana kata-kata mama, aku membuat keputusan untuk melepaskan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharianku.. Aku terpaksa berbuat sedemikian atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..

Aku terpaksa melepaskan kereta pertamaku.. sejak aku mendapat lesen memandu.. aku terus menggunakan ia.. sampai ke satu tahap setelah empat tahun aku memilikinya dan menggunakannya untuk pergi ke mana jua destinasi yang aku tujui.. dialah penemanku.. dialah yang mendengar masalahku.. dialah tempat ku lepaskan segala kekusutan.. dialah jua yang membantuku dalam pekerjaanku seharian.. tetapi aku perlu melepaskannya.. JCR1066, kereta Proton Saga 1.5cc yang aku pandu.. Aku seringkali menaiki kenderaan itu.. dari Allahyarham datuk, kepada Ayah tercinta, pergi ke Kakak ku dan akhirnya aku memilikinya.. Telah ku jagai ia dengan baik.. telah ku pulihkan ia dengan segala kudrat dan kewangan yang aku miliki.. tetapi aku tetap perlu melepaskan ia pada satu keadaan dan situasi yang tidak dapat di elakkan..


Terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kenangan yang aku alami dan aku lalui dengan JCR1066.. Kenangan dengan keluarga ku amat banyak.. JCR1066 ialah kereta generasi keluarga ku.. tetapi akhirnya aku terpaksa menjualnya.. Aku berharap ia akan di jaga dengan baik dan kenangan yang dilalui akan di simpan menjadi kenangan yang indah di minda aku dan keluarga ku..

Dan ucapkan selamat datang kepada sesuatu yang baru..





Lama menghilang...

Salam,

Lama rasanya diri ini tidak dapat menghadap laptop kesayangan dan menoret pelbagai kisah yang berlaku.. amat lama rasanya coretan-coretan dan rentetan tidak tertulis di blog ini.. Kehilangan diri ini bukan kerana ingin menghilangkan diri, tetapi diri ini amat sibuk dengan kerja-kerja yang perlu di selesaikan..

Buat yang menanti.. harap sabar menunggu coretan dari hujung jari ini..
 
CikLiE bLoG~~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates